DANA PENDIDIKAN YIP 2025

Intervensi YEF MSIA (YIP) merupakan inisiatif yang diadakan untuk membantu para remaja yang telah dikenal pasti untuk tajaan di bawah jagaan YEF Msia bagi mempersiapkan minda, membina jati diri dan meningkatkan tahap keyakinan untuk berhadapan dengan situasi kehidupan alam pengajian di institusi pendidikan tinggi/ kolej kemahiran teknikal sebelum mendaftarkan diri. Ianya dibuat kepada setiap batch lepasan SPM.

YEF MSIA bertekad untuk membantu golongan remaja yang memerlukan ini (remaja yatim dan juga asnaf), dengan memperkasakan mereka menerusi peluang pendidikan atau latihan kemahiran agar mereka mampu hidup berdikari dan membina masa depan yang lebih cemerlang.

 

Inisiatif YIP ini adalah sebahagian daripada strategi pemerkasaaan remaja di mana para peserta didedahkan dengan pelbagai peluang pembelajaran lanjutan untuk kehidupan masa depan yang lebih baik.


Modul utama Program Intervensi ini dibahagikan kepada tiga (3) segmen seperti berikut:

1.     Pembangunan Personaliti: Memfokuskan kepada pembangunan akhlak dan sikap yang positif di dalam mencapai cita-cita hidup dan kemerdekaan.

2.     Pembangunan Kemahiran dan Bakat: Menyediakan pengisian latihan yang khusus bagi mengenal pasti dan memperhalusi kemahiran peserta sepanjang program.

3.     Keperluan untuk Memperoleh Ilmu Pengetahuan: Memberi pendidikan dan menyedarkan peserta tentang kepentingan berpendidikan tinggi atau memiliki latihan vokasional yang bakal membantu mereka memiliki kehidupan dan masa depan yang lebih baik.


Sejak 2019, YEF MSIA telah membantu seramai 136 orang remaja memerlukan dengan 42 orang daripadanya telah berjaya menamatkan pengajian dan latihan industri, manakala 94 orang lagi masih meneruskan pengajian di pelbagai peringkat. Kesemua pelatih yang tamat pengajian telah berjaya mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal dan sebahagian daripada mereka memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta masih di bawah sokongan YEF MSIA.

Sumbangan dari para penyumbang budiman, akan disalurkan secara terus kepada  pelbagai usaha pemerkasaan para remaja tersebut. Setiap sumbangan tunai layak untuk mendapatkan RESIT PENGECUALIAN CUKAI LHDN, Malaysia.

“Allah akan menolong seorang hamba selagi mana hamba itu menolong saudaranya.” — Hadis Riwayat Muslim

Teruskan sokongan anda dengan membuat sumbangan di atas talian yang disertakan. Keprihatinan anda mampu mengubah halatuju & masa depan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +60199111989 atau layari laman sesawang kami di: www.yefmsia.com

Sekian. Terima Kasih.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dana Pendidikan Pelatih YIP
SUMBANGAN IKHLAS
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN