GALA DINNER 2024
(INSPIRING CHANGE FOR A BETTER FUTURE)
Salam Sejahtera kepada para penderma dermawan yang dihormati,
YEF MSIA bakal menganjurkan satu majlis makan malam – “GALA DINNER 2024” yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong golongan remaja / belia yang kurang bernasib baik / tiada kemampuan menerusi agenda pendidikan dan pembangunan kemahiran. Sertai kami untuk membantu keperluan mereka dan mendengar sendiri kisah perjalanan hidup mereka di dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang yang berdikari. Sokongan daripada dermawan sekalian pastinya bakal memberikan impak yang berkekalan buat mereka.
Majlis “GALA DINNER 2024” ini juga merupakan sebuah majlis bagi meraikan kejayaan, harapan dan inspirasi yang secara tidak langsungnya merupakan proses memperkasakan mereka bagi menyumbang kepada negara ini di masa yang akan datang.
Objektif bagi mengadakan GALA DINNER 2024 ini adalah seperti berikut:
PENGUMPULAN DANA
- Pengumpulan dana bagi menyokong kos operasi YEF MSIA untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti, transformatif untuk melahirkan golongan sasar yang lebih berdedikasi.
- Memberi peluang dan ruang kepada golongan sasar untuk memperluaskan potensi diri dan mencapai perubahan hidup yang positif.
SAMBUTAN PENCAPAIAN & PERKONGSIAN KISAH KEJAYAAN
- Berkongsi kisah perjalanan hidup dan kejayaan penerima manfaat.
- Berkongsi Impak sebenar program dan perubahan positif daripada sokongan anda.
KESEDARAN TERHADAP AMAL DAN TANGGUNGJAWAB LESTARI DALAM MASYARAKAT
- Meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial kepada Masyarakat.
- Perkongsian dari Penceramah jemputan yang bakal membincangkan kepentingan inisiatif Kebajikan yang mampan dan berterusan.
GALA DINNER 2024 bakal dihadiri oleh lebih 100 penerima manfaat YEF MSIA yang memerlukan sokongan dari pelbagai aspek; yang bersedia untuk diperkasakan untuk mengecapi masa depan yang lebih baik. Terdapat juga peluang untuk menjalin rangkaian komunikasi bersama lebih 300 penderma & dermawan, dan anda berpeluang menjadi sebahagian daripada aktiviti kebajikan kepada lebih 10,000 penerima manfaat setiap tahun di seluruh negara ini.
Setiap sumbangan yang diberikan, layak untuk menerima Resit Pengecualian Cukai daripada LHDN. Untuk maklumat lanjut dan maklum balas berkaitan, kami sedia dihubungi di talian 019-911 1989.
Akhir kata, YEF MSIA ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan di
SEKIAN. TERIMA KASIH.
-YEF MSIA-